Karya Pelajar

Ruangan ini mengalu-alukan sumbangan karya para pelajar SK Seri Saujana. Karya boleh dihantar terus ke Bilik Operasi eReCeSs pada bila-bila masa atau email terus kepada kami.
Antara karya menarik yang diterima ialah ”

Kebaikan Perpustakaan
Oleh Nafeesa shahiza 5USM

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila kita membaca di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia atau dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.

Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi ke perpustakaan supaya kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.

Kepentingan Disiplin Kepada Murid-murid
Oleh : Shahira Syamimi 5 USM

Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-murid ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas, bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan mencerahkan masa depan mereka.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai pemimpin di masa hadapan.

Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Murid yang berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri. Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah

Responses

  1. Tahniah kepada pihak erecess telah berjaya melancarkan website ini yang mana secara tidak langsung telah mengetengahkan bakat SRKSS dan aktiviti2nya kepada umum. mungkin ini percubaan pertama, tapi pengisiannya cukup berpengetahuan dan amat berguna kepada pelajar2 dan bukan hanya murid sekolah rendah juga berguna kepada murid sekolah menengah. Informasi juga amat pantas untuk dirujuk.
    Satu cadanagan saya, mungkin pihak erecess perlu menyediakan bahan bacaan dan aktiviti yang lebih bersesuaian untuk pelajar tahun 1, 2, 3 dan pihak sekolah boleh memperuntukkan 1 sesi masa dlam seminggu untuk pelajar2 ini melayarinya bersama rakan2 dan dibawah bimbingan guru. secara tidak langsung dapat merangsang celik IT kepada mereka. Ini kerana mungkin ada antara murid tidak mempunyai IT facility di rumah. Contohnya anak saya di tahun 2UUM Nur Aina Idyanie begitu teruja untuk melayari website ini. Syabas sekali lagi.

  2. Tahniah atas usaha beliau selama menjadi pendidik dengan tidak mengenal erti putus asa dalam menjalankan tjawab yg dipikul selama ni…semoga SKSS terus GEMILANG di masa hadapan,,,

  3. wow best lah………………………………………………………..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: