Belajar IT

DOMAIN

Apa itu domain name?
Domain name ialah alamat unik bagi mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Contohnya URL https://erecess.wordpress.com. wordpress.com ialah domain name. http:// ialah protokol yang digunakan untuk mengakses laman web ini, manakala erecess pula ialah cabang kecil atau lebih dikenali sebagai subdomain. Anda boleh akses laman web ini dengan menaip https://erecess.wordpress.com tanpa perlu menaip www

Mengapa domain name diperlukan?
Bagi membolehkan laman web diakses dari seluruh dunia, ia perlulah disimpan di sebuah komputer yang berkuasa tinggi yang dipanggil pelayan web atau web server. Setiap web server memiliki alamat IP yang unik sebagai pengenalan diri dimana alamat ini terdiri daripada digit (contohnya 202.71.97.48). Oleh kerana sukar untuk diingat, maka pada awal tahun 1985 diwujudkan sistem nama domain atau domain names ini bagi memudahkan pengecaman lokasi bagi sesebuah pelayan web.

Bagaimana domain name berfungsi?
Setiap domain name perlulah didaftarkan dengan mana-mana pendaftar domain yang telah disahkan oleh ICANN. Pendaftar-pendaftar ini bertanggungjawab untuk mengendalikan database setiap domain yang berdaftar. Domain ilmuit.com misalnya telah didaftarkan di SSLCatacomb yang akan menyimpan rekod-rekod berkaitan dengan domain di dalam sebuah pelayan DNS atau DNS Server.

Apabila anda menaip alamat URL (contohnya http://www.ilmuit.com), pelayar web akan membuat permohonan ke DNS server yang terdekat dan mencari alamat IP yang sepadan bagi domain name ilmuit.com. DNS server kemudiannya akan memberikan alamat IP sebenar ilmuit.com kepada pelayar web.

UJI PERISIAN ANTI VIRUS ANDA….

Jika komputer anda telah dipasang dengan perisian anti-virus, anda boleh menguji perisian tersebut menggunakan kod “EICAR” bagi mengenalpasti samada perisian anti virus anda berfungsi dengan baik atau tidak. Kod “EICAR” mengandungi kod yang akan mengejutkan perisian anti virus dan ini tidak akan membahayakan sistem anda.

Untuk menguji perisian anti virus anda, ikut langkah-langkah berikut:

1. Buka penyunting teks seperti Notepad
2. Masukkan teks berikut ke dalamnya:

KOD
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Simpan sebagai (save as) “EICAR.COM” ke desktop.
4. Buka DOS dan jalankan program ini (atau klik dua kali ke atas fail tersebut)

Jika perisian anti virus anda berfungsi dengan betul, ia akan mengesan fail EICAR.COM sebagai virus.

BLAJA MENYUNTING GRAFIK GUNA PHOTOSHOP

Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.

Kemudahan Photoshop

Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.

Rajah 1: Alat Toolbox

Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:

Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.

Rajah 2: Layers

History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

Kegunaan Photoshop
Terlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya anda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian tertentu, mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.
Foto lama diperbaharui,Menambah rambut,Membotakkan kepala Dan banyak lagi kegunaan untuk disenaraikan di sini.

Kelebihan Photoshop
Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar. Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.
Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: