Aktiviti/Program

BULAN JULAI IALAH BULAN MEMBACA KEBANGSAAN

PELANCARAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Pelancaran Bulan Membaca akan diadakan serentak dengan pelancaran Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah dirancang di sepanjang bulan tersebut. Antaranya ialah, pertandingan membaca puisi, pertandingan paling banyak membaca buku, pameran buku dan bengkel ebook.
Diharap semua warga SKSS akan dapat bersama-sama menjayakannya.

AKTIVITI BULAN MEMBACA SKSS TAHUN 2011

AKTIVITI DAN PROGRAM

1
Majlis Pelancaran Rasmi Bulan Membaca dengan Gimik Perasmian

04 Julai 2011
Semua Guru, Murid Dan Staff
Mahfudz Bin Miskam(Pagi)
Harlena Bt Shukur (Ptg)
Dan AJK PAP

2
Pameran Buku Di Perpustakaan
04 – 15 Julai 01
Semua Warga Sekolah
Pn Zurainie Bt Mas Agus Darwis
Dan AJK TTU

3
Seminar Bacaan Elektronik Dan Penilaian Tokoh NILAM Sekolah
12 Julai 2011
Pelajar Terpilih Tahun 5
Nazarudin Bin Maulan dan Ahmad Hurman Bin Mohamad

4
Program Membaca Kegemaran Saya Dan Tokoh Penulis
14 Julai 2011
Semua Pelajar terpilih
En Nazarudin Bin Maulan
Dan AJK PAP

5
Pertandingan Membaca Berita Dalam Syair Dan Gurindam
15 Julai 2011
Murid Tahap 2
Tn Hj. Rosleli Bin Hj Jahari dan AJK PAP

6
Pertandingan Jejak Maklumat dan Pertandingan Murid Paling Banyak Membaca
24 Julai 2011
Murid Tahap 1 dan 2
Nazarudin Bin Maulan
Dan AJK TTU

7
Majlis Penutupan Rasmi Bulan Membaca Dan Anugerah Tokoh NILAM Sekolah
29 Julai 2011
Semua Guru , Murid dan Staf
Mohd Akhir Bin Othman dan Semua AJK

KELAS LITERASI BESTARI

Alhamdulillah, jika tiada aral melintang, Kelas Literasi Bestari untuk guru-guru di SK Seri Saujana akan bermula pada 19 Ogos 2009 ini, bertempat di Panggung eReCeSs. Untuk Sesi pertama kali ini, para peserta adalah terdiri dari guru-guru Panitia Bahasa Melayu. Kelas akan bermula tepat jam 1 tengaharai dan akan berakhir pada jam 2 petang. Adalah molek kiranya setiap peserta yang hadir mengikuti kelas ini membawa bersama komputer riba masing-masing untuk memudahkan lagi sesi. Untuk maklumat dan info terkini, tuan puan bolehlah sering-sering menjengah ke portal eReCeSs.
Sekian…selamat berjaya..

PROGRAM MEMBUDAYAKAN ICT DI SKSS

Kempen Bulan Membaca telah berlalu… TAHNIAH kepada semua yang telah menjayakannya..
Seterusnya eReCeSs akan melancarkan Program Membudayakan ICT di SKSS.
Program ini akan bermula pada bulan Ogos sehingga Disember. Beberapa program atau aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan.
Portal eReCeSs akan dijadikan satu platform untuk mencambahkan minat para pelajar dan seluruh warga SKSS. Sedikit demi sedikit kami akan menjadikan portal ini satu platform paling penting yang akan menjadi sumber rujukan, menjadi medium perantara yang begitu penting dalam hubungan dan komunikasi diantara satu sama lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: