Posted by: erecess skss | 11 November 2013

Selesai Sudah Sesi Persekolahan 2013

Alhamdulullah…berlalu jua akhirnya sesi persekolahan 2013 dengan pelbagai warna warni, cerita dan peristiwa. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan diharap dapat memberi impak yang positif kepada kumpulan sasar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi komitmen tanpa berbelah bahagi. Sesungguhnya setiap permulaan akan ada penghujungnya. Perjalanan dari titik permulaan menuju ke akhir garisan pasti memberikan kita pengalaman kehidupan yang cukup berharga. Seringkali pengalaman orang lain tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya oleh kita. Kesilapan yang berulang seringkali terjadi dalam kehidupan. Manusia yang naif akan melakukan kesilapan yang serupa lebih dari sekali.Kita gagal belajar dari kesilapan.
Di sepanjang sesi persekolahan 2013 yang lalu,tentu sahaja banyak peristiwa dan pengalaman yang dilalui. Saya berharap dan berdoa semuga saya tidak akan melakukan kesilapan yang serupa. Saya akan berusaha dengan kadar kemampuan saya untuk menjadi lebih proaktif dan produktif, insya Allah.


Kategori

%d bloggers like this: