Posted by: erecess skss | 21 Mei 2013

FROG VLE Dan Majlis Guru Media Daerah Kota Tinggi

Pada hari Selasa minggu lepas, saya telah menghadiri dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Pembugaran Frog VLE di SK Bandar Penawar Dua dan Mesyuarat Majlis Guru Media Daerah yang telah berlangsung di PKG Bandar Mas. Keadaan agak panas di SK Bandar Penawar Dua kerana pihak YTL telah menimbulkan isu berkaitan total log in yang rendah di negeri Johor.Beberapa faktor yang boleh dijadikan asas kepada keadaan ini antaranya adalah pilihan Templete yang disediakan oleh pihak pengendali agak terhad di samping design yang agak membosankan. Para pelajar kurang berminat dengan features dan widget yang disediakan kerana kurang menepati kehendak dan kegemaran mereka. Para pelajar tidak serius menggunakan flatform ini kerana sistem ini direka sebagai dashboard semata mata dan bukan seperti blog atau media sosial yang yang dengan mudah dapat diakses oleh sesiapa sahaja. Kekangan kekangan ini telah memjadikan Frog VLE kurang popular di sekolah.
Adalah kurang cerdik untuk menyalahkan guru semata mata tanpa melihat ke dalam sistem itu sendiri, bagaimana kedudukannya jika dibandingkan dengan frog VLE di Eropah dan di Britain.
Mesyuarat Majlis Guru Media Daerah Kota Tinggi pula jelas menampakkan ketidakseriusan guru guru media di daerah ini dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Respon mereka dalam banyak perkara agak merisaukan kerana mereka seolah-olah dipaksa untuk menjadi Guru Perpustakaan dan Media di sekolah masing-masing. Sebagai seorang guru yang dilantik berdasarkan permohonan guru itu sendiri, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka tanpa ragu ragu. Guru Perpustakaan dan media adalah salah seorang personel yang dipandang tinggi di sekolah kerana keilmuan dan kepakaran yang mereka miliki. Kita adalah bagaimana kita meletakkan kedudukan kita sendirii. Jadilah seorang yang sentiasa dirujuk oleh guru-guru di sekolah.
“Selamat Bertugas dengan penuh dedikasi wahai GPM semua..”


Kategori

%d bloggers like this: