Posted by: erecess skss | 4 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Idul Fitri


Hari ini genap 15 hari kita menjalani ibadah puasa…semalam sewaktu bersantai-santi di Bazar Ramadhan di tepian Sungai Kota Tinggi,saya dapati orang ramai begitu ghairah membeli belah, seolah-olah esok hari raya.Seronok melihat gelagat mereka yang berbagai ragam. Yang pasti kemeriahan sambutan hari raya telah begitu terasa. Semua seolah-olah telah tidak sabar-sabar untuk menyambutnya. Alhamdulillah, begitulah nikmat Allah buat sekelian hambaNya. Hari Raya adalah lambang kemenangan.
Sedikit nasihat buat semua warga SKSS, perbanyakanlah bersedekah di bulan barakah ini walau hanya sekadar buat rakan kita tersenyum. Bersungguh-sungguhlah sewaktu mendidik anak bangsa, janganlah seperti melepas batuk di tangga. Berikanlah hak mereka untuk menikmati proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan santai dan menyeronokkan. Mereka berhak untuk menggunakan segala peralatan dan kelengkapan yang disediakan oleh kerajaan. Teknologi telah membuatkan proses p&p menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Seronokkah mereka andai kita kalangan guru masih menggunakan papan hitam dan kapur sahaja sehari-hari. Kita bercakap dan terus bercakap sebagai kaedah utama pengajaran, erm.. terlalu penat akhirnya…ayuh rakan-rakan…sempena ramadhan dan hari raya yang akan menjelma, marilah kita berubah ke arah tranformasi p&p yang lebih mengujakan…


Kategori

%d bloggers like this: