Posted by: erecess skss | 24 Mei 2012

Selamat Hari Guru Buat Semua Warga SKSS

16 Mei merupakan tarikh keramat buat semua insan bergelar pendidik. Segala bakti yang ditabur oleh seorang guru tiada tolok bandingnya. Hampir semua manusia dewasa di dunia ini mempunyai guru mereka masing-masing. Guru sering menjadi lilin membakar diri menerangi orang lain. Namun kebelakangan ini peranan dan sumbangan guru tidak lagi menjadi perhatian masyarakat. Sikap masyarakat yang semakin materialistik menyebabkan mereka terlupa untuk memanjatkan rasa syukur terhadap jasa dan pengorbanan orang lain.
Guru tidak pernah mengharapkan segala jasa yang ditabur mendapat balasan daripada anak-anak muridnya.Guru begitu bersyukur dengan gaji yang diterima tiap-tiap bulan sebagai balasan apa yang telah dicurahkan selama ini.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya menjadi seorang insan yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain. Buat Cikgu Rosli yang pernah mengajar di SK Sg. kapal, Pengerang, juga cikgu Daud, cikgu Malik, jasa kalian amat besar dalam hidup saya.
Terima kasih cikgu….


Kategori

%d bloggers like this: