Posted by: erecess skss | 6 Julai 2011

Majlis Pelancaran Bulan Membaca SKSS 2011


Majlis Pelancaran Bulan Membaca untuk tahun 2011 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKSS di Dewan Terbuka pada 5hb Julai yang lalu.
Para pelajar telah dihidangkan dengan video klip Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P Ramli yang menghiburkan yang membawa pengertian amat mendalam terhadap kepentingan membaca. Dalam sinis dan melucukan Tan Sri P Ramli menyindir secara berhemah peri pentingnya aktiviti membaca di kalangan setiap insan.
Dalam Ucapan perasmian, Tuan Guru Besar menggesa dan mengingatkan para pelajar dan warga sekolah tentang kepentingan membaca. Membaca merupakan kunci kepada kemajuan dan kejayaan. Guru-guru digalakkan untuk menjadi pencetus kepada budaya membaca di kalangan pelajar. Para pelajar harus mengambil peluang sempena Bulan Membaca kali ini kerana pelbagai aktiviti dan program telah disediakan yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Antara program yang paling mendapat perhatian yang tinggi di kalangan para pelajar ialah Pertandingan Murid Yang Paling Banyak Membaca kerana ia menawarkan hadiah berupa Wang Tunai sebanyak RM200.00 untuk Sang Juara di samping hadiah-hadiah yang lain. Murid-murid hanya perlu membaca seberapa banyak buku di sepanjang bulan ini (sekurang-kurangnya 30 buah buku untuk melayakkan menyertai pertandingan ini).

Di samping itu program-program lain juga di sediakan termasuklah Pertandingan Membaca Berita, Pertandingan Jejak Maklumat dan sebagainya. Murid-murid boleh melayari portal eRecess untuk mengetahui berita-berita terkini berkaitan dengan Bulan Membaca dan aktiviti-aktiviti yang disediakan.


Kategori

%d bloggers like this: