Posted by: erecess skss | 6 Januari 2011

Talian Schoolnet akan Ditamatkan

Salam…Ada berita yang agak menyedihkan buat semua sekolah di seluruh negara… Mulai minggu depan, talian schoolnet yang menyediakan talian internet secara percuma kepada sekolah-sekolah akan ditamatkan. Satu surat edaran yang akan memaklumkan perkara berkaitan akan dihantar ke sekolah-sekolah. Mulai tarikh itu sekolah-sekolah telah dibenarkan untuk melanggan talian internet secara berasingan yang membawa maksud sekolah telah diberi kebenaran untuk melanggan sendiri mana-mana talian internet seperti streamyx. Oleh yang demikian bil internet boleh dibayar menggunakan wang kerajaan. Sekolah kita telah sedia ada memiliki dua talian internet , di maan talian utama ialah schoolnet dan talian ke dua ialah streamyx. Malangnya bil talian streamyx kita telah tertunggak sebegitu lama. Harap ada pihak yang sudi membantu untuk menyelesaikan bil2 tertunggak tersebut.


Kategori

%d bloggers like this: