Posted by: erecess skss | 11 November 2009

Temuduga Pengawas Erecess Akan Diteruskan…

Temuduga pemilihan pengawas erecess untuk tahun 2011telah dimulakan hari ini. Seramai 59 orang pelajar telah dinilai setakat pukul satu tengahari tadi. Pelbagai aksi dan gelagat dapat diperhatikan. Ramai yang melaluinya buat kali pertama. Beberapa pelajar yang berkualiti dan telah menunjukkan minat yang amat mendalam telah dikesan. Nama mereka akan saya paparkan di dalam portal ini tidak berapa lama lagi sebelum berakhirnya cuti sekolah ini.
Dengan ketiadaan saya mulai hari khamis ini, Proses temuduga ini akan diteruskan oleh Cikgu Kamariah pada hari Khamis dan Jumaat. Kami akan cuba memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar untuk ditemuduga. Demi keadilan dan kepuasan semua pihak, proses pemilihan pengawas Erecess akan dilakukan dengan teliti dan penuh keadilan. Diharap selepas proses ini berlalu, semua pelajar yang menaruh minat untuk dilantik menjadi pengawas Erecess akan berpuas hati sama ada mereka terpilih atau sebaliknya. Kepada mereka yang akan dipilih berusahalah dengan bersungguh-sungguh ye….


Kategori

%d bloggers like this: