Posted by: erecess skss | 10 November 2009

Temuduga Pengawas Erecess

Sesi Temuduga Pengawas Erecess untuk tahun 2010 akan diadakan pada Hari Rabu 11 November 2009. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga. Temuduga akan bermula tepat jam 10 pagi di Bilik Temuda Erecess. Semua calon dikehendaki untuk bersedia dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan pengurusan PSS dan ICT. Penampilan diri dan kualiti personaliti yang baik harus ditonjolkan oleh semua calon yang terpilih. Disiplin adalah tunjang utama. Bersedia mengalas komitmen dan tanggungjawab yang diamanahkan menjadi faktor penentu. Kebolehan dan kemahiran dalam mencari maklumat menggunakan pelbagai medium khususnya menggunakan teknologi ICT merupakan satu kelebihan.
Temuduga yang akan dijalankan bertujuan untuk mencari calon-calon yang benar-benar berkualiti dan sanggup menggalas tanggungjawab yang amat mencabar. Erecess akan menjadi tonggak utama kecemerlangan SKSS pada tahun-tahun mendatang. Kami memerlukan para pengawas yang mempunyai wawasan dan sanggup meningkatkan kemahiran diri.
Syabas kepada yang akan berjaya…Berusahalah….
‘YANG TERPILIH PASTI YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG TERPILIH’


Kategori

%d bloggers like this: