Posted by: erecess skss | 10 November 2009

Perlantikan Pengawas Erecess 2011

Untuk tahun 2011, para pengawas Erecess akan dipilih dari kalangan semua pelajar yang berminat tidak kira daripada mana-mana kelas. Faktor utama ialah mereka yang betul-betul berminat dan boleh memberikan komitmen yang padu.
Semenjak Tawaran dibuka pada Hari Isnin semalam, para pelajar yang berminat untuk menjadi Pengawas Erecess telah melebihi daripada apa yang dijangkakan. Cetakan Pertama Borang sebanyak 150 helai telah habis diedar tidak sampai 5 minit. Beratus-ratus pelajar lagi terpaksa menunggu hari lain untuk mengambil borang. Sambutan di luar dugaan ini amat mengejutkan. Para pelajar begitu teruja untuk dilantik selaku Pengawas Erecess. Ini merupakan perkembangan baik yang positif yang harus dipertingkatkan.
Usaha-usaha untuk menjenamakan semula PSS SKSS menjadi Erecess telah mula menampakkan hasil. Pada tahun hadapan pelbagai Program telah diatur untuk memberi pelbagai kemahiran secara percuma kepada para pengawas Erecess. Antaranya ialah memberikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Perpustakaan, kemahiran komputer, grafik dan penjilidan. Para pengawas yang terpilih juga akan mendapat sehelai “Vest” yang berlogokan Erecess dibelakangnya. Uniform rasmi untuk Pengawas Erecess pada tahun hadapan juga akan dipertingkatkan temanya.
Tahun hadapan akan bermulalah Era Digital dalam Erecess yang menjadi tonggak utama kepada penjenamaan semula PSS SKSS. Diharapkan perubahan ini akan membawa satu fenomena baru di sekolah ini seterusnya memeberi impak positif dalam pencapaian dan prestasi sekolah keseluruhannya.


Kategori

%d bloggers like this: