Posted by: erecess skss | 1 November 2009

Hari Kantin Yang Meriah..

Terima kasih kepada semua hadirin yang memeriahkan Hari Kantin SKSS 2009 semalam. Ini adalah Hari Kantin pertama saya di sekolah ini. Bagi saya semua warga SK Saujana, para pelajar dan ibubapa di sini begitu sporting dan amat menyokong semua program yang dianjurlkan oleh sekolah. Komitmen yang diberikan membuat kami para guru dan staf begitu terharu.
Penat lelah kami bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai produk jualan terasa hilang bila melihat kehadiran yang begitu ramai. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat yang semuanya membuatkan kami begitu bersemangat. Seronok juga melihat pelbagai gelagat guru-guru untuk melariskan jualan mereka. Antara gerai yang paling mendapat sambutan ialah Gerai Burger. Gerai burger menjual burger yang segar yang disediakan di tapak jualan tidak seperti gerai-gerai yang lain. Permintaan yang terlalu tinggi dalam masa yang sama membuatkan kami di gerai burger tidak sempat untuk menarik nafas panjang. Asakan para pembeli seperti asakan peminat bila melihat selebriti kesayangan mereka. Tak menang tangan kami dibuatnya. Yang kelakarnya,hampir 150 biji burger kami yang dijual tanpa sayur-sayuran pun habis dijual. Akhirnya dengan kudrat kami yang tak seberapa ini kami dapat juga menjual hampir 600 biji, dengan nilai jualan sebanyak RM1117.00
Apa pun gerai kami tewas juga di tangan gerai menjual air yang mengutip jualan lebih seribu tujuh ratus ringgit. Terima kasih kepada semua guru, para pelajar dan para ibubapa yang sudi hadir memeriahkan lagi Hari Kantin SK Saujana tahun ini. Diharap komitmen yang jitu yang ditunjukkan oleh semua warga SK Saujana akan berterusan.


Respon

  1. gerai cam nak roboh…bukan kalah dengan airje,,ls st gerai nuget


Kategori