Posted by: erecess skss | 21 Oktober 2009

Hari Kantin Sekolah 2009

Program Hari kantin Sekolah 2009 akan diadakan pada 31 Oktober 2009 iaitu pada Hari Sabtu.Program ini pada awalnya telah dirancang untuk diadakan pada 24 Oktober yang lalu tetapi disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditunda. Program ini bertujuan untuk mengumpul Dana bagi membiayai pelbagai program sekolah dan mendidik para pelajar dan warga SK Saujana agar berjiwa usahawan. Program ini merupakan kali ketiga dianjurkan di sekolah ini dan ianya melibatkan semua warga SK Saujana, para ibubapa dan penjaga pelajar.
Pada hari tersebut para guru, kakitangan dan para pelajar akan menjual pelbagai jualan kepada para pembeli. Terdapat lebih 15 outlet yang akan menyediakan pelbagai jualan termasuk makanan, pakaian dan sebagainya.
Para pengunjung dan pembeli yang hadir berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hamper. Mereka juga boleh membuat permintaan lagu dan menyumbangkan suara.
Pihak penganjur mengharapkan kunjungan seberapa ramai para pengunjung untuk memeriahkan lagi program ini. InsyaAllah di tahun-tahun hadapan kami akan memeriahkan lagi program ini dengan menyediakan pelbagai acara termasuk menjemput selebriti terkenal tanah air.
Sekian…


Kategori

%d bloggers like this: