Posted by: erecess skss | 13 Oktober 2009

Era Perpustakaan Digital Akan Bermula

Perpustakaan Digital SK Seri Saujana akan bermula selewat-lewatnya pada Januari 2010. Pihak eReCeSs sedang dalam peringkat percubaan untuk melaksanakan sirkulasi secara digital. Kad pintar pelajar telah hampir siap sepenuhnya walaupun kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar. Hanya pelajar Tahun 4 sahaja yang telah bersedia untuk menggunakan kad pintar dalam urusan sirkulasi termasuk proses peminjaman dan pemulangan pelbagai bahan dan produk eReCeSs.
Kerja-kerja memasukkan data agak mengambil masa dan memerlukan ketelitian yang tinggi.
Mulai tahun 2010, semua proses sirkulasi harus secara digital, bermaksud semua pelajar dan guru harus memiliki kad pintar eRecEss jika ingin berurusan di mana-mana kaunter eReCeSs. Kaunter pelawat digital juga akan bersedia menanti para tetamu di pintu masuk eReCeSs dan setiap tetamu harus mendaftar di kaunter digital tersebut sebelum dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh eReCeSs. Semua warga pendidikan Seri Saujana hanya diberi masa sehingga penghujung tahun ini untu menempah kad pintar eReCess pada harga promosi iaitu RM5 sahaja.
Lekas REBUTLAH PELUANG KEMASAN INI….


Kategori

%d bloggers like this: