Posted by: erecess skss | 4 Oktober 2009

Dua Minggu Sudah Syawal Berlalu

Alhamdulillah…sedar tak sedar telah lebih dua minggu Syawal berlalu meninggalkan kita.Keseronokan dan kenikmatan memang mudah membuatkan kita lupa sehingga kita alpa yg masa berlalu begitu sahaja. Sesi persekolahan pun baru sahaja seminggu bermula. Jelas kelihatan mood raya masih melingkari warga pendidikan Sk Saujana. Banyak rumah terbuka yang telah diadakan mengambarkan bahawa Malaysia terlalu mewah dengan kenikmatan. Makanan di mana-mana, wang ringgit melimpah ruah. Ramai yang kaya raya di negara tercinta ini. Selagi kita berusaha Allah akan sentiasa memberi ruang untuk kita menikmati kenikmatan dunia.
Dalam kita meraikan syawal yang mulia ini usah kita lupa pada rakan kita yang berada di Sumatera khususnya di Padang, Indonesia. Mereka sedang melalui Ujian yang maha getir dari Allah s.w.t. Banyak kejadian yang menyayat hati sebagaimana yang dipaparkan menerusi TV. Kejadian gempa adalah sesuatu yang aneh di negara kita. Di Indonesia kejadian gempa di catat berpuluh-puluh kali dalam setahun. Gempa pada skala 7.6 pada skala Richther merupakan sesuatu yang dasyat yang mampu meranapkan apa sahaja. Dahulu Aceh dilanda Tsunami yang maha dasyat, kini Padang pula. Aceh merupakan Serambi Mekah begitu juga Padang yang dianggap Serambi Mekah Kedua di Indonesia. Mengapa di kedua-dua daerah yang termashyur dengan ramainya bilangan ulama dan fuqaha telah menerima Ujian sebesar itu? Tentu ada rahmat tersembunyi oleh Allah s.w.t.Terlalu kerdil manusia untuk menilai semua kejadian dan bencana yang diturunkan oleh Allah itu.
Apapun kita di negara Malaysia yang penuh karamah ini harus sentiasa memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. Kita tidak diuji dengan gempa bumi atau gunung berapi. Hanya kadang-kadang banjir dan ribut yang melanda. Marilah kita sama-sama hulurkan bantuan kepada mereka yang sedang dalam kesusahan. Usahlah diingat dengan apa yang telah dilakukan oelh segelintir rakyat Indonesia yang membakar bendera kita tempohari.Lupakan lah tindakan mereka yang menganyang kita tempohari. Kita bangsa yang gentlemen, yang berjiwa luhur dan berhati besar. Itulah ciri-ciri bangsa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Bukan bangsa yang cepat melatah, tidak bersabar dan penuh dengan dendam kesumat di dada. Saya berbangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu beragama Islam yang sentiasa di bawah Lindungan Nya. Dugaan adalah kehidupan, ingatlah.. yang memberi itu sentiasa lebih baik daripada yang menerima…
Wassalam…


Kategori

%d bloggers like this: