Posted by: erecess skss | 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI BUAT SEMUA

Seluruh keluarga eReCeSs ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada seluruh warga pendidikan SK Seri Saujana, para ibu bapa juga penjaga dan sesiapa sahaja yang merayakannya khususnya muslimin muslimat di seluruh dunia.
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana memberikan keamanan yang amat bernilai di negara yang penuh keberkatan ini. Kepada sesiapa yang sering berasa Tidak Bersyukur berada dan bernaung di negara keramat ini, mulakanlah langkah dan bukalah hati nurani dan berlapang dada untuk mencermin diri masing-masing. Apakah yang kurang yang tidak dianugerahkan Allah terhadap negara ini. Amat jarang kita ditimpa bala bencana seperti di negara-negara lain. Tidak ada gempa, tiada gunung berapi, tiada tsunami yang besar, tiada banjir besar yang mengorbankan ratusan jiwa di negara ini…Bukankah itu petanda Rahmat Allah melimpah ruah di negara ini?
Sempena Idul Fitri marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan bersyukurlah..

Sekian…minal aidul wal faizin…..


Kategori

%d bloggers like this: