Posted by: erecess skss | 20 Ogos 2009

Renungan Sejenak Tentang H1N1….

putin
Para saintis dari Kementerian Kesihatan Russia telah memberikan laporan
sulit kepada Perdana Menteri Putin bahawa mereka telah menemui
‘critical-link’ antara virus H1N1 dan ubi kentang ‘amylopectin’
termodifikasi genetik (sengaja diubahsuai secara genetik). Kentang ini
dijual kepada umum diseluruh dunia dalam bentuk ‘french-fries’.

Menurut laporan ini, enzim protease yang dimodifikasi dalam kentang
tersebut bertujuan untuk mengelak penyakit tanaman kentang yang disebabkan
oleh Virus X. Apa yang berlaku ialah enzim protease termodifikasi yang
hadir di dalam tubuh badan manusia (dari kentang yang dimakan) tersebut
telah menyebabkan replikasi virus H1N1 yang amat cepat dalam tubuh badan
manusia. Virus H1N1 membiak (mereplikasi) dengan amat cepat kerana enzim
protease termodifikasi ini menyediakan keadaan berasid kepada endosome
H1N1. Keadaan berasid ini menyebabkan protein hemagglutinin memfiuskan
(menyambung-aktif) selaput virus H1N1 dengan membran vakuol sel manusia.
Ini menyebabkan saluran ion M2 membenarkan pengaliran proton melalui
selaput virus H1N1 dan seterusnya mengasidkan pusat virus. Keadaan berasid
ini menyebabkan pusat virus terlerai dan melepaskan RNA dan protein virus
H1N1 yang lebih banyak ke dalam sel vakuol manusia (perumah virus).

Bukti mengenai penemuan oleh pakar-pakar saintis Russia yang tersohor ini
juga diperakui oleh WHO. Statistik yang dibuat oleh WHO mengenai pandemik
virus influenza H1N1 juga menunjukkan bahawa negara Chile merupakan
satu-satunya negara luar (selain AS, Kanada , UK dan Australia ) yang
membenarkan penanaman komersil ubi kentang termodifikasi genetik ini.

Laporan ini juga mendedahkan hubungan antara pandemik H1N1 dengan
peringkat umur yang dijangkiti. Kanak-kanak ialah penggemar utama
‘french-fries’. Washington Post News Service melaporkan,
“Of the 5,000 confirmed and more than 100,000 probable cases of swine flu,
the average age of infected people is 15; two thirds are younger than 18.”
Laporan ini juga memberi amaran bahawa negara-negara bukan pengimport
kentang jenis ini akan kurang terdedah kepada H1N1. Mutasi genetik juga
berlaku kepada virus H1N1 menjadikannya lebih menggemari manusia.

Tokyo University ‘s Institute of Medical Science pula melaporkan,
“The new strain of influenza appears to have mutated to become more
infectious for humans, the online edition of science magazine Nature
reported Monday, referencing research by a team including Prof. Yoshihiro
Kawaoka of Tokyo University ‘s Institute of Medical Science.

Permukaan virus H1N1 diselaputi sejenis protein yang dipanggil
hemagglutinin (HA) yang berbentuk duri dan mudah menusuk ke sel manusia.
Analisa seterusnya menunjukkan bahawa HA ini bermutasi secara genetik
untuk lebih memudahkannya menusuk ke sel manusia.

Kesimpulan

Sepertimana ‘peperangan konvensional global’ menaikkan ekonomi AS melalui
penjualan senjata pertahanan, begitu jugalah ‘peperangan senjata biologi’
yang akan melariskan produk ‘anti-viral’ mereka! Vaksin.

Perniagaan haram ini menyediakan pulangan lumayan kepada negara-negara
pengeluar vaksin:

1. Virus H1N1 boleh poskan (amat murah) ke serata benua dan ia boleh
menular secara senyap tanpa pertumpahan darah.
2. Ubi-ubi kentang termodifikasi genetik pula menyediakan platform yang
sesuai di dalam tubuh manusia untuk virus H1N1 mereplikasi (membiak).
Eksport kentang juga menghasilkan pulangan lumayan.
3. Negara yang mengalami wabak ini akan membeli pula vaksin (anti-viral)
yang harganya melebihi kos pembelian pesawat F16 (untuk pertahanan
negara). Kos vaksin ini di sekitar USD 100/gram ATAU USD 100,000,000/tan
metrik. Harga seunit pesawat F16 (beratnya 6 tan) ialah USD 30,000,000
atau USD 5,000,000/tan metrik iaitu 20X ganda lebih murah dari vaksin
H1N1. Sekiranya 1 juta rakyat diserang H1N1, kos untuk membeli vaksin
(penggunaan 10 gram seorang sehingga sembuh) ialah USD1,000,000,000. Amaun
ini cukup untuk membeli 33 unit pesawat F16!
Apakah yang membuatkan virus ini suka sangat kepada manusia dan mahu
menjadikannya rumah?
Cuma kita boleh berdoa supaya Allah SWT mempercepat proses pemusnahan sel
manusia yang (yang telah dijangkiti H1N1) dengan penggantian sel-sel baru,
disamping kita hindari makanan-makanan yang meragukan serta menghadkan
pendedahan kepada aktiviti luar rumah. Elakkan membeli ubi kentang import
dan ‘french fries’.


Kategori

%d bloggers like this: