Posted by: erecess skss | 8 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq

Assalamualaikum Semua….
Alhamdulillah jiika tiada aral yang melintang, kita umat islam di negara yang tercinta ini akan sekali lagi menyambut Ramadhan Al Mubaraq pada 22 Ogos nanti.Bersyukur kita kerana sekali lagi kita dapat bersama-sama mengecapinya. InsyaAllah Ramadhan kali ini akan memberi kita satu sinar harapan baru,semangat baru dan yang paling penting kita dapat meningkatkan amal ibadat kita kehadrat Allah s.w.t.
Kepada para pelajar yang dikasihi sekelian….cubalah sedaya upaya untuk berpuasa sambil meningkatkan amal ibadat kita. Alhamdulillah puasa pertama kita pada tahun ini jatuh di dalam cuti sekolah. Dapatlah kita membiasakan diri berpuasa di rumah untuk beberapa hari sebelum kita memulakan sesi persekolahan berikutnya.
Di kesempatan ini saya ingin memberi kesempatan kepada semua warga SKSS, para ibubapa dan pelajar untuk menyampaikan Ucapan Selamat Berpuasa Dan Selamat Berhari Raya menerusi portal ini.
Ucapan yang menarik akan dipaparkan untuk tatapan kita semua…
Sekian.. Wassalam.
masjid


Kategori

%d bloggers like this: