Posted by: erecess skss | 30 Julai 2009

H1N1 SEMAKIN MENGANAS…

Semakin hari semakin ramai yang menjadi mangsa pandemik H1N1 di negara kita. Sehingga berita ini ditulis, ia telah meragut 26 orang dari pelbagai golongan manakala lebih 2000 orang telah dijangkiti melalui pelbagai medium.Pada hari ini, 10 Ogos 2009, mungkin Perdana Menteri akan mengumumkan satu langkah drastik akan diambil oleh kerajaan. Saya berpendapat mewajibkan semua rakyat memaki topeng apabila keluar dari kawasan rumah adalah wajar. Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang di bawah akta pencegahan penyakit berjangkit untuk mengelakkan pandemik ini menjadi wabak yang serius.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya beberapa perkataan asing yang kita temui di samping penularan H1N1 ini.
Apa H1N1 itu sebenarnya..?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan
(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan
dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit
atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair
pesakit.

H adalah akronim kepada hemagglutinin (influenza yang terdapat pada babi) dan N adalah akronim kepada neuraminidase (influenza yang terdapat pada manusia).Maklumat lanjut boleh diperolehgi menerusi sesawang http://en.wikipedia.org/wiki/H1N1
Apakah pula maksud Influenza Pandemik?
Maksud Influenza Pandemik ialah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar penduduk dunia yang juga dinaggap telah mencapai Fasa Enam penularan. Ia berlaku akibat kemunculan virus influenza A baru (novel) iaitu penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus itu.
Langkah pencegahan adalah jalan terbaik untuk mengatasinya. Selain itu penjagaan kebersihan diri dan menghadkan perjumpaan di khalayak ramai adalah langkah penting untuk dilakukan.
Apapun jika kita mendapati sebarang perubahan pada suhu badan kita hendaklah dengan segera berjumpa doktor dan mendapatkan ujian darah untuk mengesan Virus H1N1 dengan segera.]
H1N1
H1N1(2)


Kategori

%d bloggers like this: