Posted by: erecess skss | 11 November 2013

Selesai Sudah Sesi Persekolahan 2013

Alhamdulullah…berlalu jua akhirnya sesi persekolahan 2013 dengan pelbagai warna warni, cerita dan peristiwa. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan diharap dapat memberi impak yang positif kepada kumpulan sasar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi komitmen tanpa berbelah bahagi. Sesungguhnya setiap permulaan akan ada penghujungnya. Perjalanan dari titik permulaan menuju ke akhir garisan pasti memberikan kita pengalaman kehidupan yang cukup berharga. Seringkali pengalaman orang lain tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya oleh kita. Kesilapan yang berulang seringkali terjadi dalam kehidupan. Manusia yang naif akan melakukan kesilapan yang serupa lebih dari sekali.Kita gagal belajar dari kesilapan.
Di sepanjang sesi persekolahan 2013 yang lalu,tentu sahaja banyak peristiwa dan pengalaman yang dilalui. Saya berharap dan berdoa semuga saya tidak akan melakukan kesilapan yang serupa. Saya akan berusaha dengan kadar kemampuan saya untuk menjadi lebih proaktif dan produktif, insya Allah.

Posted by: erecess skss | 21 Mei 2013

FROG VLE Dan Majlis Guru Media Daerah Kota Tinggi

Pada hari Selasa minggu lepas, saya telah menghadiri dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Pembugaran Frog VLE di SK Bandar Penawar Dua dan Mesyuarat Majlis Guru Media Daerah yang telah berlangsung di PKG Bandar Mas. Keadaan agak panas di SK Bandar Penawar Dua kerana pihak YTL telah menimbulkan isu berkaitan total log in yang rendah di negeri Johor.Beberapa faktor yang boleh dijadikan asas kepada keadaan ini antaranya adalah pilihan Templete yang disediakan oleh pihak pengendali agak terhad di samping design yang agak membosankan. Para pelajar kurang berminat dengan features dan widget yang disediakan kerana kurang menepati kehendak dan kegemaran mereka. Para pelajar tidak serius menggunakan flatform ini kerana sistem ini direka sebagai dashboard semata mata dan bukan seperti blog atau media sosial yang yang dengan mudah dapat diakses oleh sesiapa sahaja. Kekangan kekangan ini telah memjadikan Frog VLE kurang popular di sekolah.
Adalah kurang cerdik untuk menyalahkan guru semata mata tanpa melihat ke dalam sistem itu sendiri, bagaimana kedudukannya jika dibandingkan dengan frog VLE di Eropah dan di Britain.
Mesyuarat Majlis Guru Media Daerah Kota Tinggi pula jelas menampakkan ketidakseriusan guru guru media di daerah ini dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Respon mereka dalam banyak perkara agak merisaukan kerana mereka seolah-olah dipaksa untuk menjadi Guru Perpustakaan dan Media di sekolah masing-masing. Sebagai seorang guru yang dilantik berdasarkan permohonan guru itu sendiri, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka tanpa ragu ragu. Guru Perpustakaan dan media adalah salah seorang personel yang dipandang tinggi di sekolah kerana keilmuan dan kepakaran yang mereka miliki. Kita adalah bagaimana kita meletakkan kedudukan kita sendirii. Jadilah seorang yang sentiasa dirujuk oleh guru-guru di sekolah.
“Selamat Bertugas dengan penuh dedikasi wahai GPM semua..”

Posted by: erecess skss | 2 Februari 2013

2013 Tahun Tranformasi Pendididkan

library2

Tahun-tahun mendatang menjadi semakin mencabar untuk semua guru. Pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat. KSSR telah dilaksanakan sehingga Tahun3, ramai dari kalangan kita yang masih teraba-raba untuk melaksanakannya. Mengikut teori, sesuatu dasar memerlukan sekurang-kurangnya sembilan tahun untuk menjadi dominan dalam kehidupan mereka yang terlibat.
Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan virtual learning education. YTL melalui FrogAsia telah diamanahkan untuk menyediakan platform yang bersesuaian. Frog VLE telah mula menjadi satu gaya hidup warga sekolah khususnya di sekolah-sekolah Frog Champion. Alhamdulillah, SK Seri Saujana telah dipilih untuk menjadi salah satu daripada tiga sekolah champion Frog di daerah Kota Tinggi.

Posted by: erecess skss | 4 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Idul Fitri


Hari ini genap 15 hari kita menjalani ibadah puasa…semalam sewaktu bersantai-santi di Bazar Ramadhan di tepian Sungai Kota Tinggi,saya dapati orang ramai begitu ghairah membeli belah, seolah-olah esok hari raya.Seronok melihat gelagat mereka yang berbagai ragam. Yang pasti kemeriahan sambutan hari raya telah begitu terasa. Semua seolah-olah telah tidak sabar-sabar untuk menyambutnya. Alhamdulillah, begitulah nikmat Allah buat sekelian hambaNya. Hari Raya adalah lambang kemenangan.
Sedikit nasihat buat semua warga SKSS, perbanyakanlah bersedekah di bulan barakah ini walau hanya sekadar buat rakan kita tersenyum. Bersungguh-sungguhlah sewaktu mendidik anak bangsa, janganlah seperti melepas batuk di tangga. Berikanlah hak mereka untuk menikmati proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan santai dan menyeronokkan. Mereka berhak untuk menggunakan segala peralatan dan kelengkapan yang disediakan oleh kerajaan. Teknologi telah membuatkan proses p&p menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Seronokkah mereka andai kita kalangan guru masih menggunakan papan hitam dan kapur sahaja sehari-hari. Kita bercakap dan terus bercakap sebagai kaedah utama pengajaran, erm.. terlalu penat akhirnya…ayuh rakan-rakan…sempena ramadhan dan hari raya yang akan menjelma, marilah kita berubah ke arah tranformasi p&p yang lebih mengujakan…

Posted by: erecess skss | 1 Ogos 2012

Selamat Berpuasa Untuk Semua Warga SKSS


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN..MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMUAGA RAMADHAN KALI INI KITA SEMUA WARGA SKSS AKAN DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN TABAH DAN DAPAT BERBUAT BANYAK AMALAN YANG DIBERKATI ALLAH…INSYA ALLAH..AMIN..

Posted by: erecess skss | 24 Mei 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Setengah Tahun



“MULAKAN MENJAWAB DENGAN MEMBACA DOA, TENANGKAN HATI DAN FIKIRAN, SENYUM PENUH KEIKHLASAN, KEMUDIAN JAWABLAH DENGAN PENUH YAKIN” INSYALLAH…

Posted by: erecess skss | 24 Mei 2012

Selamat Hari Guru Buat Semua Warga SKSS

16 Mei merupakan tarikh keramat buat semua insan bergelar pendidik. Segala bakti yang ditabur oleh seorang guru tiada tolok bandingnya. Hampir semua manusia dewasa di dunia ini mempunyai guru mereka masing-masing. Guru sering menjadi lilin membakar diri menerangi orang lain. Namun kebelakangan ini peranan dan sumbangan guru tidak lagi menjadi perhatian masyarakat. Sikap masyarakat yang semakin materialistik menyebabkan mereka terlupa untuk memanjatkan rasa syukur terhadap jasa dan pengorbanan orang lain.
Guru tidak pernah mengharapkan segala jasa yang ditabur mendapat balasan daripada anak-anak muridnya.Guru begitu bersyukur dengan gaji yang diterima tiap-tiap bulan sebagai balasan apa yang telah dicurahkan selama ini.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya menjadi seorang insan yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain. Buat Cikgu Rosli yang pernah mengajar di SK Sg. kapal, Pengerang, juga cikgu Daud, cikgu Malik, jasa kalian amat besar dalam hidup saya.
Terima kasih cikgu….

Posted by: erecess skss | 17 Januari 2012

Erecess Berwajah Baru

Assalamualaikum buat semua warga SKSS….
Tahun baru telah menjelma, masing-masing mempunyai azam yang hendak dicapai…Erecess sedang dijenamakan semula untuk memberi tahap kelestarian yang maksima. Dengan azam dan semangat baru Erecess akan mengalami fasa pembugaran selari dengan tranformasi yang dilaksanakan pihak sekolah.

Posted by: erecess skss | 18 November 2011

MEMO PERINGATAN

Alhamdulillah, Kursus Asas Pengurusan PSS untuk para pengawas Erecess Sesi 2012 telah pun selesai dijalankan pada 18 November 2011. Semua pengawas begitu tekunm mengikuti kursus dan bengkel yang dijalankan, TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA…
“BENGKEL UNTUK PENGAWAS ERECESS SESI 2012 AKAN DIADAKAN PADA 27,28 DAN 29 DISEMBER 2011 , BERSAMAAN HARI SELASA, RABU DAN KHAMIS, BERTEMPAT DI ERECESS(PERPUSTAKAAN SKSS),BERMULA JAM 8.30 PAGI. SEMUA DIWAJIBKAN HADIR”

Posted by: erecess skss | 15 November 2011

KURSUS PENGURUSAN PSS UNTUK PENGAWAS ERECESS SESI 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAWAS ERECESS YANG TELAH DILANTIK UNTUK SESI 2012…..
PARA PENGAWAS ERECESS DIKEHENDAKI UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGURUSAN PSS YANG AKAN DIADAKAN PADA 18HB NOVEMBER 2012(HARI JUMAAT), BERTEMPAT DI BILIK TAYANG ERECESS. SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR SEBAGAI SYARAT WAJIB UNTUK PENGESAHAN PERLANTIKAN MEREKA. KURSUS AKAN BERMULA TEPAT JAM LAPAN PAGI DAN AKAN BERAKHIR JAM 11 PAGI.

SEKIAN..

Older Posts »

Kategori