Posted by: erecess skss | 17 Julai 2011

Kuiz Jejak Maklumat Untuk Semua…!!!!!

Pada minggu ini, bermulalah satu pencarian maklumat yang sangat mengujakan…Bulan Membaca SKSS 2011 membuka peluang kepada semua warga PSS dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk sama-sama menguji pengetahuan am masing-masing di samping berpeluang mengondol pelbagai hadiah menarik.
Kuiz Jejak Maklumat adalah rangkaian beberapa soalan yang menguji kebolehan kita mencari jawapan daripada pelbagai sumber sama ada bercetak atau elektronik. Ayuh uji kebolehan anda semua dan jawablah soalan yang dikemukakan…. andai anda peserta pertama yang menjawab semua soalan dengan betul anda akan menjadi pemenang tempat pertama..begitulah seterusnya…
Caranya mudah….
Dapatkan Borang penyertaan beserta soalan kuiz dengan memuat turun menerusi Box.net di sisipan kanan portal ini atau anda boleh mendapatkan salinannya di pejabat erecess dengan segera.
SELAMAT MENCUBA….

About these ads

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: